Sunday 15 May 2011

Lajnah Ekonomi, Pertanian dan Perdagangan Jeli

Perlantikan sebagai Ketua Lajnah bermula pada 10hb. Mei 2011 melalui keputusan mesyuarat penuh AJK PAS Kawasan Jeli yang dipengerusikan oleh YDP nya. Mesyuarat bertempat di pejabat Khidmat Rakyat DUN Bukit Bunga, Jeli, Kelantan. Mesyuarat bermula sekitar jam 2.15 petang, iaitu terlewat lima belas minit dari jadual asal.

Mesyuarat juga turut membuat pencalonan bagi perwakilan ke mesyuarat agung PAS Pusat, pada bulan Jun, 2011 ini. 

Sejurus selepas saya dilantik sebagai Ketua Lajnah, dengan kuasa dan amanah yang diberikan kepada saya; saya mula merancang melantik bakal AJK Lajnah bagi mengisi tanggungjawab sebagai berikut:

Pengerusi Lajanah EPP:                                                                                         ....1
Pengerusi Portfolio Ekonomi dan AJK Kecilnya (dari DUN Bukit Bunga);      ............3
Pengerusi Portfolio Pertanian dan AJK Kecilnya (dari DUN Kuala Balah);     .............3
Pengerusi Portfolio Perdagangan dan AJK Kecilnya (Dari DUN Air Lanas);   ............3


S/Usaha P.Ekonomi dari Dewan Muslimat;                                                    ............1
S/Usaha P.Pertanian dari DUN Kuala Balah;                                                .............1
S/Usaha P.Perdagangan dari DUN Air Lanas.                                              .............1
S/Usaha Lajnah dari Ketua Pemuda;                                                            .............1
PSU Lajnah, dari Ketua Muslimat;                                                               .............1
Bendahari, dari DUN B.Bunga;                                                                    .............1
Pen. Bendahari (Pegawai Akaun Bank);                                                       .............1
Timbalan Pengerusi Lajnah1, dari Dewan Ulamak.                                        .............1
Timbalan Pengerusi Lajnah2, dari Pengerusi, Koperasi PJB                          .............1
      JUMLAH:                                                                                                      19 ORANG

Mesyuarat penuh AJK Lajnah akan diadakan sebanyak 4x setahun. Mesyuarat AJK Pemandu bersama Ketua-ketua Portfolio akan dibuat setiap bulan bagi membincangkan kemajuan aktiviti mengikut porfolio masing-masing, seperti diputuskan oleh mesyuarat penuh lajnah. Mesyuarat AJK Kecil Portfolio dicadangkan supaya dibuat setiap bulan kerana ianya merupakan mesyuarat operasi lajnah mengikut portfolio masing-masing. 

Disamping itu, lajnah akan menganjurkan program bulanan berupa sesi percambahan fikiran untuk merangka plan strategik lajnah, seminar peluang perniagaan, seminar usahawan, kursus-kursus, lawatan, perbincangan bersama PBT, dan seumpamanya mengikut keperluan, dari masa kesemasa.

Dalam sesi program percambahan fikiran nanti, antara lain, peserta dikehendaki membincangkan: strategi aktiviti serta merta bagi tempoh satu penggal iaitu 2 tahun; strategi jangka pendek 5 tahun dan strategi jangka panjang menjelang tahun 2021 seperti projek perladangan dan zon bebas cukai Bukit Bunga, Jeli. Kata kunci bagi semua strategi ini ialah disekitar 3E iaitu 'Economics aspects of Employment, Entrepreneurship & Education'.

Sebelum mesyuarat bermula, penyelia DUN Bukit Bunga mengadakan majlis bersama rakyat Jeli bagi penyampaian bantuan kebajikan untuk surau-surau dalam daerah Jeli, bantuan sukan, geran-geran tanah, wang kebajikan sistem kifalah dan bantuan peralatan seni silat untuk kumpulan kebudayaan DUN. 

Rakyat yang hadhir juga dihidangkan dengan jamuan makan tengah hari dimana pada hari itu seekor kerbau berjaya dikorbankan untuak program mesra rakyat sempena perasmian Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Bunga, Jeli. Seramai hampir 500 orang menghadhiri program pada hari itu. Turut hadhir ialah Pengerusi Exco Pendidikan Kelantan, YB Dato' Nik Amar, bagi tujuan meresmikan bangunan Pejabat Khidmat Rakyat DUN Bukit Bunga, yang merupakan salah satu aset tarbiyyah DUN Bukit Bunga, Jeli, Kelantan.
Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment