Thursday 2 June 2011

Projek Perladangan Sawit Rakyat Kelantan.

Ladang Sawit sebelum berbuah
Didalam blog ini, penulis ingin berkongsi pengalaman mengenai projek pertanian yang telah dilakukan di Jeli, melalui Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan. Projek ini telah pun berjalan sejak tahun 2005 lagi. 

Buah sawit yang dituai dan dipungut
Projek Ladang sawit ini dibuat di sebuah kampung yang mana sebahagian besar pesertanya adalah terdiri dari rakyat kampung tersebut. Nama syaraikat itu ialah syarikat Ladang Rakyat Lubuk Bongor, diurus bersama syarikat Ladang Sungai Terah, iaitu anak syarikat kepada PKINK, Kelantan.   Ianya diambil sempena dengan nama kampung Lubuk Bongor tersebut. Keluasan ladang ialah hampir 8,000 ekar. Kini telah pun berhasil mengeluarkan buahnya.


Tandan buah sawit
Dengan keluasan tersebut, projek ekonomi ini telah berjaya memberikan program kebajikan dan ekonomi rakyat setempat disamping membantu rakyat miskin seluruh Kelantan. Melalui skim ini, seramai 1135 rakyat Kelantan, terutama rakyat miskin, mendapat manafaatnya. Mereka dibayar sebanyak RM300 sebulan, sejak ianya dilancarkan. Daripada 1135 peserta tersebut, seramai 135 peserta diperuntukkan khas untuk rakyat tempatan dari Kg. Lubuk Bongor dan sekitarnya, di Lembah Pergau, Kuala Balah, Jeli. Projek ini merupakan projek perladangan berupa konsep 'Corporate Sosial Responsibilty (CSR)' terhadap rakyat iaitu ianya diuruskan oleh syarikat induk yang telah pun mempunyai ladang sawit dan getah. Dari keuntungan tahunan ladang syarikat induk inilah, bayaran tersebut dibuat. Inilah program ekonomi yang mendatangkan kebajikan, sekali gus, meningkatkan kualiti hidup rakyat Kelantan. Ini projek pertama. 


Dengan kerja kebajikan sebegini, alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa keuntungan syarikat bertambah dari masa kesemasa. Pekerja dibayar bonus tahunan sehingga 10 bulan gaji. Itulah rezekinya, jika cara pengurusan itu dibuat mengikut pengurusan Islam. Perojek seterusnya sedang berjalan lancar dari masa kesemasa, yang berjaya meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat iaitu kualiti hidup yang berasaskan 'Membangun Bersama Islam'. Bagaimana ianya dilakukan?

Projek Integrasi Lembu
Melalui program ekonomi dan kebajikan ini, pihak pengurusan menganjurkan program wajib jati diri kepada setiap peserta Ladang Rakyat. Melalui program bulanan ini, mereka di beri kefahaman tentang Islam sebagai cara hidup dan mereka juga dipantau akan 'amal Islami mereka secara berkala. Ringkasnya, pembangunan insan mereka adalah agenda utama bagi Kerajaan negeri Kelantan, supaya rakyat Kelantan benar-benar terbela, dan mendapat 'pembangunan kualiti hidup' sebenar. Itulah 'Membangun Bersama Islam' yang merupakan misi Kerajaan Kelantan, dibawah pimpinan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, MB Kelantan. 
Termasuk Ladang Getah juga....
WaLlahu'alam.

No comments:

Post a Comment