Saturday 4 June 2011

KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN AJK PAS PUSAT 3/6/2011


KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN AJK PAS PUSAT 3/6/2011


PENGERUSI TETAP
Tuan Haji Ustaz Abu Kasim
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Tuan Haji Hussin Ismail
PRESIDEN
Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji
TIMBALAN PRESIDEN
Mohamad Sabu, Hj – 420 undi
NAIB PRESIDEN
1. Husam Musa , YB Dato’ – 660 undi
2. Mahfuz Omar, YB Dato’ – 616 undi
3. Salahuddin Ayub, YB – 753 undi
AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi  (8)
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi   (10)
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz – 527 undi
5. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi  (9)
6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz – 421 undi
7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr – 702 undi  (5)
8. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi  (4)
9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr. – 437 undi
10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – 739 undi (3)
11. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi  (7)
12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. – 449 undi
13. Mazlan Aliman, – 804 undi (1)
14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ Ustaz – 470 undi
15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. – 765 undi  (2)
16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi  (6)
17. Nuridah Salleh, Ustazah – 416 undi
18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi

Thursday 2 June 2011

Projek Perladangan Sawit Rakyat Kelantan.

Ladang Sawit sebelum berbuah
Didalam blog ini, penulis ingin berkongsi pengalaman mengenai projek pertanian yang telah dilakukan di Jeli, melalui Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan. Projek ini telah pun berjalan sejak tahun 2005 lagi. 

Buah sawit yang dituai dan dipungut
Projek Ladang sawit ini dibuat di sebuah kampung yang mana sebahagian besar pesertanya adalah terdiri dari rakyat kampung tersebut. Nama syaraikat itu ialah syarikat Ladang Rakyat Lubuk Bongor, diurus bersama syarikat Ladang Sungai Terah, iaitu anak syarikat kepada PKINK, Kelantan.   Ianya diambil sempena dengan nama kampung Lubuk Bongor tersebut. Keluasan ladang ialah hampir 8,000 ekar. Kini telah pun berhasil mengeluarkan buahnya.


Tandan buah sawit
Dengan keluasan tersebut, projek ekonomi ini telah berjaya memberikan program kebajikan dan ekonomi rakyat setempat disamping membantu rakyat miskin seluruh Kelantan. Melalui skim ini, seramai 1135 rakyat Kelantan, terutama rakyat miskin, mendapat manafaatnya. Mereka dibayar sebanyak RM300 sebulan, sejak ianya dilancarkan. Daripada 1135 peserta tersebut, seramai 135 peserta diperuntukkan khas untuk rakyat tempatan dari Kg. Lubuk Bongor dan sekitarnya, di Lembah Pergau, Kuala Balah, Jeli. Projek ini merupakan projek perladangan berupa konsep 'Corporate Sosial Responsibilty (CSR)' terhadap rakyat iaitu ianya diuruskan oleh syarikat induk yang telah pun mempunyai ladang sawit dan getah. Dari keuntungan tahunan ladang syarikat induk inilah, bayaran tersebut dibuat. Inilah program ekonomi yang mendatangkan kebajikan, sekali gus, meningkatkan kualiti hidup rakyat Kelantan. Ini projek pertama. 


Dengan kerja kebajikan sebegini, alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa keuntungan syarikat bertambah dari masa kesemasa. Pekerja dibayar bonus tahunan sehingga 10 bulan gaji. Itulah rezekinya, jika cara pengurusan itu dibuat mengikut pengurusan Islam. Perojek seterusnya sedang berjalan lancar dari masa kesemasa, yang berjaya meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat iaitu kualiti hidup yang berasaskan 'Membangun Bersama Islam'. Bagaimana ianya dilakukan?

Projek Integrasi Lembu
Melalui program ekonomi dan kebajikan ini, pihak pengurusan menganjurkan program wajib jati diri kepada setiap peserta Ladang Rakyat. Melalui program bulanan ini, mereka di beri kefahaman tentang Islam sebagai cara hidup dan mereka juga dipantau akan 'amal Islami mereka secara berkala. Ringkasnya, pembangunan insan mereka adalah agenda utama bagi Kerajaan negeri Kelantan, supaya rakyat Kelantan benar-benar terbela, dan mendapat 'pembangunan kualiti hidup' sebenar. Itulah 'Membangun Bersama Islam' yang merupakan misi Kerajaan Kelantan, dibawah pimpinan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, MB Kelantan. 
Termasuk Ladang Getah juga....
WaLlahu'alam.

Thursday 26 May 2011

Meninjau Peluang Perniagaan melalui aktiviti Dakwah secara 'glocal' iaitu global dan local.

bersama YB ADUN Limbungan,
semasa lawatan kerjasama
ekonomi Islam dengan China

Lawatan ekonomi ke Wilayah Ningxia, iaitu sebuah wilayah autonomi Islam di China. 

Meninjau konsep produk halal dan toyibban, bersama antara  negeri Kelantan, Darulnaim dan Wilayah Islam Ningxia, China.

Buah Tamar iklim khatulistiwa atau tropikal.
Gambar contoh buah tamar yang telah berbuah dalam cuaca atau iklim seperti Malaysia atau Thailand. Buah tamar ini adalah dari hasil kacukan tamar baka Syria, Jordan dan Palestin. Agak kecil saiznya tetapi kita boleh besarkan dengan syarat masa berputik dulu, kita kena buang beberapa biji supaya tinggal 50 biji setangkai. Berat setandan buah tamar ini ialah sekitar 100 hingga 300 kilogram, bergantung kepada macamana kita mahukan saiznya. Ianya sungguh berkhasiat. Mengikut hadis yang bermaksud: "dengan memakan buah tamar sebanyak 7 biji setiap hari, boleh mendapat dua manafaat iaitu: bebas dari sihir dan keracunan". Bayangkan, jika kita pasarkan tamar sebanyak 7 biji setiap paket kepada setiap pelajar sekolah. Mereka akan bebas dari keracunan makanan dan histeria dari kalangan pelajar wanita (yang selalu jadi isu disekolah). WaLlahu'alam.



Buah misteri yang dibawa oleh burung, seperti sayur, semacam tembikai, bersaiz kecil? Bila masak, ianya merah seperti dibawah. Dalam penyelidikan lagi?

Bila buah tersebut masak.
Sekitar mesyuarat agong PAS Jeli

Perwakilan PAS dalam mesyuarat kawasan Jeli

Bersama YAB Tuan Guru MB disalah sebuah madrasah orang Asli Gua Musang:
Dakwah dan kebajikan, agenda utama Darulnaim

Friday 20 May 2011

orbit cafe

Please visit www.myorbitcafe.com for details.

Suatu bentuk marketspace untuk produk halal khususnya dari 'Darulnaim, hub toyyiban negara' tidak lama lagi, insya Allah.

Pihak kami telah berbincang dengan pihak orbit cafe untuk kita gunakan sebagai marketing network bagi usahawan-usahawan Muslim khususnya ahli PAS bagi mempromosikan product halal lagi tayyiban (thaharah wa tazkiyyah). Terperinci akan kita bincangkan kemudian. 
Untuk melihatnya bagaimana produk tersebut akan kita pamerkan dalam kedai 'netcafe' atau 'myorbitcafe' ini, sila layarinya. dan beri pandangan anda. t.kasih. Sila nyatakan yang tuan berurusan melalui lajnah ekonomijeli.
wassalam.

Sunday 15 May 2011

Photo diambil sekitar pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.

Langsat, Pauh dan Rambutan...bestnya

Buah Limau Manis, Madu

Dijual juga peralatan solat iaitu kupiah dll.

Namun, terdapat Surau untuk peniaga dan pelanggan beribadat

GERAI BUAH-BUAHAN: Durian dan Manggis
 (Kings & the Queens of the fruits)

Kota Lama: "SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU
DUNIA DAN AKHIRAT"

Bazar Batik Kelantan

Cafe berdekatan pasar CT Khadijah KBharu

Beca Sedia Berkhidmat untuk Pelanggan

Lajnah Ekonomi, Pertanian dan Perdagangan Jeli

Perlantikan sebagai Ketua Lajnah bermula pada 10hb. Mei 2011 melalui keputusan mesyuarat penuh AJK PAS Kawasan Jeli yang dipengerusikan oleh YDP nya. Mesyuarat bertempat di pejabat Khidmat Rakyat DUN Bukit Bunga, Jeli, Kelantan. Mesyuarat bermula sekitar jam 2.15 petang, iaitu terlewat lima belas minit dari jadual asal.

Mesyuarat juga turut membuat pencalonan bagi perwakilan ke mesyuarat agung PAS Pusat, pada bulan Jun, 2011 ini. 

Sejurus selepas saya dilantik sebagai Ketua Lajnah, dengan kuasa dan amanah yang diberikan kepada saya; saya mula merancang melantik bakal AJK Lajnah bagi mengisi tanggungjawab sebagai berikut:

Pengerusi Lajanah EPP:                                                                                         ....1
Pengerusi Portfolio Ekonomi dan AJK Kecilnya (dari DUN Bukit Bunga);      ............3
Pengerusi Portfolio Pertanian dan AJK Kecilnya (dari DUN Kuala Balah);     .............3
Pengerusi Portfolio Perdagangan dan AJK Kecilnya (Dari DUN Air Lanas);   ............3


S/Usaha P.Ekonomi dari Dewan Muslimat;                                                    ............1
S/Usaha P.Pertanian dari DUN Kuala Balah;                                                .............1
S/Usaha P.Perdagangan dari DUN Air Lanas.                                              .............1
S/Usaha Lajnah dari Ketua Pemuda;                                                            .............1
PSU Lajnah, dari Ketua Muslimat;                                                               .............1
Bendahari, dari DUN B.Bunga;                                                                    .............1
Pen. Bendahari (Pegawai Akaun Bank);                                                       .............1
Timbalan Pengerusi Lajnah1, dari Dewan Ulamak.                                        .............1
Timbalan Pengerusi Lajnah2, dari Pengerusi, Koperasi PJB                          .............1
      JUMLAH:                                                                                                      19 ORANG

Mesyuarat penuh AJK Lajnah akan diadakan sebanyak 4x setahun. Mesyuarat AJK Pemandu bersama Ketua-ketua Portfolio akan dibuat setiap bulan bagi membincangkan kemajuan aktiviti mengikut porfolio masing-masing, seperti diputuskan oleh mesyuarat penuh lajnah. Mesyuarat AJK Kecil Portfolio dicadangkan supaya dibuat setiap bulan kerana ianya merupakan mesyuarat operasi lajnah mengikut portfolio masing-masing. 

Disamping itu, lajnah akan menganjurkan program bulanan berupa sesi percambahan fikiran untuk merangka plan strategik lajnah, seminar peluang perniagaan, seminar usahawan, kursus-kursus, lawatan, perbincangan bersama PBT, dan seumpamanya mengikut keperluan, dari masa kesemasa.

Dalam sesi program percambahan fikiran nanti, antara lain, peserta dikehendaki membincangkan: strategi aktiviti serta merta bagi tempoh satu penggal iaitu 2 tahun; strategi jangka pendek 5 tahun dan strategi jangka panjang menjelang tahun 2021 seperti projek perladangan dan zon bebas cukai Bukit Bunga, Jeli. Kata kunci bagi semua strategi ini ialah disekitar 3E iaitu 'Economics aspects of Employment, Entrepreneurship & Education'.

Sebelum mesyuarat bermula, penyelia DUN Bukit Bunga mengadakan majlis bersama rakyat Jeli bagi penyampaian bantuan kebajikan untuk surau-surau dalam daerah Jeli, bantuan sukan, geran-geran tanah, wang kebajikan sistem kifalah dan bantuan peralatan seni silat untuk kumpulan kebudayaan DUN. 

Rakyat yang hadhir juga dihidangkan dengan jamuan makan tengah hari dimana pada hari itu seekor kerbau berjaya dikorbankan untuak program mesra rakyat sempena perasmian Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Bunga, Jeli. Seramai hampir 500 orang menghadhiri program pada hari itu. Turut hadhir ialah Pengerusi Exco Pendidikan Kelantan, YB Dato' Nik Amar, bagi tujuan meresmikan bangunan Pejabat Khidmat Rakyat DUN Bukit Bunga, yang merupakan salah satu aset tarbiyyah DUN Bukit Bunga, Jeli, Kelantan.
Sekian, wassalam.